Terma dan Syarat

Untuk mengelakkan sebarang salah faham di masa akan datang, anda wajib membaca dan memahami Terma & Syarat yang tertera sebelum membuat keputusan untuk berurusniaga dengan Butik Ar-Raudhah. Kami tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kesulitan di masa hadapan jika Terma & Syarat ini tidak dipatuhi oleh pihak pelanggan. Harap maklum.

Semua produk yang dijual adalah baru dan dalam keadaan yang sangat baik, melainkan jika dinyatakan sebaliknya. Harga yang tertera pada setiap produk adalah muktamad melainkan dinyatakan sebaliknya.

Kami menghormati polisi 'first come first served' untuk mengelakkan sebarang kesulitan sepanjang masa berurusniaga.

Kami akan mengesahkan jika produk yang ingin ditempah ada atau tiada di dalam stok sebelum proses urusniaga lanjut dibuat.

Tempahan hanya akan disimpan khas untuk anda dalam tempoh masa maksimum sebanyak 2 hari bekerja sahaja. Jika tiada pembayaran penuh dibuat dalam tempoh tersebut, tempahan anda akan dibatalkan secara automatik dan produk jualan akan dibuka kepada pembeli lain.

Jika anda sudah membuat tempahan tetapi masih belum membuat sebarang pembayaran dan ingin membatalkan tempahan tersebut, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi kami melalui telefon, sms atau email.

Setiap urusniaga adalah dalam Ringgit Malaysia dan bayaran boleh dibuat menggunakan mesin deposit wang, pindahan ATM atau secara online ke akaun CIMB Bank atau Maybank Butik Ar-Raudhah. Nombor akaun adalah seperti yang tertera dibawah;

Salinan slip pembayaran hendaklah diberi atau dihantar kepada Butik Ar-Raudhah melalui email atau SMS sebagai bukti pembayaran. Slip asal hendaklah disimpan oleh pembeli sebagai rujukan.

Setiap urusniaga adalah muktamad, dan semua produk yang telah dijual tidak boleh dipulangkan dan ditukar samada dengan produk lain atau dengan wang ringgit melainkan atas sebab-sebab tertentu yang akan dipertimbangkan oleh pihak Butik Ar-Raudhah.

Semua harga yang tertera pada setiap produk adalah TIDAK termasuk kos penghantaran. Sila rujuk segmen "Hantar dan Caj" untuk mengetahui lebih lanjut tentang jumlah kos penghantaran mengikut lokasi anda.

Kami akan memberi nombor siri setiap parcel yang dihantar sebagai rujukan bagi pihak pembeli untuk digunakan semasa proses pemantauan status penghantaran.

Warna produk yang tertera di dalam gambar berbeza sedikit dengan warna produk asal disebabkan pencahayaan kamera dan tertakluk kepada 'setting' skrin monitor yang berbeza.

Kami akan memberi notis kepada para pengunjung laman blog ini terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa perubahan kepada Terma & Syarat urusniaga kami.

Terima Kasih dan Selamat membeli-belah di Butik Ar-Raudhah.